Tarikh diterbitkan : 16 Jul 2024

JUPEM RAKAN STRATEGIK JABATAN PERTANIAN MALAYSIA | 25 Jun 2024

JUPEM RAKAN STRATEGIK JABATAN PERTANIAN MALAYSIA |   25  Jun  2024

SHAH ALAM | Majlis Penyerahan Nota Kerjasama Strategik dan Sijil Rakan Strategik telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Selangor pada 25 Jun 2024 oleh Jabatan Pertanian Malaysia bersempena dengan Perasmian Persidangan Industri Asas Tani Kebangsaan 2024.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan salah sebuah Jabatan atau Rakan Strategik Utama kepada Jabatan Pertanian Malaysia melalui Program Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pembangunan Kompetensi. Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat telah mewakili Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk menerima Sijil Rakan Strategik daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Jabatan dan agensi yang turut terlibat menjadi Rakan Strategik Utama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Agensi Nuklear Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn. Bhd., Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Perbadanan Ekonomi Islam Negeri Perak Sdn. Bhd. dan Persatuan Gabungan Pekebun Buah-Buahan Malaysia (FMFFA).

Persidangan Industri Asas Tani Kebangsaan 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang mewakili YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Majlis perasmian ini turut diiringi oleh YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia dan Encik Johari bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia. 

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran para tetamu jemputan yang terdiri daripada usahawan-usahawan asas tani tempatan yang hadir secara fizikal dan juga secara dalam talian. Pendekatan dinamik dan inisiatif kerjasama antara agensi rakan strategik ini merupakan fokus utama Negara bagi memastikan tahap keterjaminan makanan di Malaysia sentiasa stabil dan mencukupi.