Tarikh diterbitkan : 18 Oct 2021

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SISTEM PENGURUSAN JANJI TEMU BERSEPADU (iAMS)

Dimaklumkan laman web Sistem Pengurusan Janji Temu Bersepadu <https://www.iamsjupem.com/> akan DITUTUP mulai 15 Oktober 2021 (Jumaat). Pelanggan boleh hadir secara walk-in atau hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan JUPEM Negeri masing-masing untuk urusan yang berkaitan.

Sehubungan itu, pihak jabatan memohon maaf atas kesulitan ini. Sekian, harap maklum.