Date Published : 23 Jun 2024

BICARA KERJAYA BAGI GRADUAN KEJURUTERAAN GEOMATIK OLEH ETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 28 Mei 2024

BICARA KERJAYA BAGI GRADUAN KEJURUTERAAN GEOMATIK OLEH ETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 28 Mei  2024

Skudai | YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia berkesempatan  bersama pelajar-pelajar dalam sesi soal jawab kerjaya pada petang tadi di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia. 

Kehadiran YBrs. KPUP ke UTM ini sempena Mesyuarat Sempadan 50th Technical Meeting of the Joint Malaysia - Indonesia Boundary Technical Committee dan Lawatan Kerja ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor. 

Dalam majlis yang sama Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK) turut menyampaikan dan berkongsi pengalaman serta perjalanan beliau sebagai Juruukur di sektor swasta dan kerajaan. YBrs. KPUP telah disambut oleh Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar, Pengarah Institut Sultan Iskandar serta Pensyarah - Pensyarah Kanan Geoinformasi antaranya Sr Dr. Tan Liat Choon, Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim, Sr Dr. Kelvin Tang Kang Wee, Sr Dr. Mohamad Hanif bin Hamden, Dr. Nurul Izzati binti Abd Karim, Dr. Aimi binti Musa dan Dr. Wan Anom binti Wan Aris serta 50 orang pelajar daripada Program Kejuruteraan Geomatik.

Sesi Bicara Kerjaya ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada bakal graduan ijazah dalam membina kerjaya dan bergelar seorang profesional yang akan diceburi di masa hadapan. Pensyarah dan pelajar juga diberi peluang untuk melontarkan idea dan cadangan dalam memastikan profesion Juruukur untuk terus relavan di masa akan datang.