Tarikh diterbitkan : 22 Mar 2023

PROGRAM FUN RUN @ GSD 2023 | 18 MAC 2023

PROGRAM FUN RUN @ GSD 2023 | 18 MAC 2023

18 Mac 2023 jam 0645 pagi, program Fun Run @ GSD 2023 telah diadakan sempena sambutan GSD 2023 Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali. Turut hadir bersama dalam menjayakan aktiviti ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs Sr Wan Mohamad Darani bin Abd Rahman serta pengarah ukur bahagian dan pengarah ukur negeri yang lain. Urus setia bagi program Fun Run pada tahun ini merupakan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM).

Program yang dilaksanakan pada hari ini turut dimeriahkan lagi dengan pameran yang diuruskan oleh bahagian-bahagian lain kepada orang awam serta beberapa gerai jualan anjuran kelab bahagian. Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran peserta seramai 600 orang dari JUPEM Ibu Pejabat, JUPEM Negeri serta komuniti ukur yang lain.