Tarikh diterbitkan : 02 Oct 2024

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA BAGI PROJEK RINTIS PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN JALAN DAN ALAMAT DI DAERAH TANGKAK SECARA PROOF OF CONCEPT FASA II | 5 September 2024

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA BAGI PROJEK RINTIS PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN JALAN DAN ALAMAT DI DAERAH TANGKAK SECARA PROOF OF CONCEPT FASA II |   5  September  2024

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama bagi Projek Rintis Pembangunan Perkhidmatan Jalan dan Alamat di Daerah Tangkak Secara Proof of Concept Fasa II telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor pada 5 September 2024 di Dewan Putra, Tangkak, Johor anjuran bersama Majlis Daerah Tangkak (MDT) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).  

Sesi menandatangani Dokumen Memorandum Kerjasama Fasa II telah berlangsung diantara YBrs. Sr Hazri bin Hassan, KPUP JUPEM dengan YBrs. Mohd Farid bin Kassim, Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak, YBrs. Shamsul Izhan bin Abdul Majid, Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia, YBrs. Tan Choon Sang, Ketua Pegawai Eksekutif, ESRI Malaysia Sdn. Bhd., YBrs. Lim Boon Leong, Ketua Pegawai Eksekutif, HERE Malaysia Sdn. Bhd. dan YBrs. Lt Kdr Mohamad Yasir bin Ali TLDM (B), Ketua Pegawai Eksekutif, SmartoCity Sdn. Bhd.  

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani, ADUN Gambir, YBrs. Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Bahagian, Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YBrs. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara, YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBhg. Datuk Abdul Rahim bin Talib, Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Tangkak, YBhg. Brig. Jen Dato’ Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM dan YBrs. Sr Rosli bin Mohammed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor. 

Secara asasnya, objektif pembangunan perkhidmatan alamat dan jalan di Daerah Tangkak ini adalah untuk membangunkan framework Sistem Alamat Nasional, melengkapkan alamat dan jalan di Daerah Tangkak dan mewujudkan ekosistem kemaskini maklumat alamat dan jalan secara Proof of Concept.  

JUPEM berharap agar penyelarasan ini akan memberi impak yang dapat dinikmati secara maksima terutamanya di dalam aspek perancangan dan pembangunan infrastruktur, pengurusan aset dan pemeliharaan infrastruktur, ekonomi dan perniagaan, logistik dan penghantaran, keselamatan dan tindakan kecemasan, pengurusan sumber asli dan alam sekitar serta dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kepada Pihak Berkuasa Tempatan khususnya. 

JUPEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memberi sokongan yang positif kepada JUPEM untuk melakukan pembaharuan dan kesempurnaan di daerah Tangkak.