Tarikh diterbitkan : 02 Oct 2024

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H/2024 | 16 September 2024

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H/2024 |   16  September  2024

Kontinjen JUPEM telah menyertai perhimpunan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M, pada 12 Rabiulawal 1446H bersamaan 16 September 2024, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Kontinjen JUPEM dengan penyertaan seramai 40 orang yang terdiri daripada pelbagai bahagian Ibu Pejabat JUPEM. Kontinjen mengenakan pakaian kebangsaan yang sedondon segak bergaya hadir dengan penuh bersemangat bagi memeriahkan majlis serta menunjukkan rasa kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. 

Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat), Sr Mohamad Zikri bin Mat Isa turut hadir pada majlis berkenaan sebagai Wakil Ketua Jabatan. Sambutan berlangsung dengan sangat meriah dan lancar dengan penyertaan dari pelbagai Kementerian/ Agensi/ Jabatan dari sektor kerajaan dan swasta. 

Seperti lazimnya, majlis turut diserikan dengan Program Khas “Sobahul Khair”, penyampaian anugerah Maulidur Rasul kepada penerima dan persembahan nasyid dan nyanyian yang berunsurkan kebesaran Rasulallah S.A.W. yang telah disampaikan oleh artis tempatan. 

“𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒄𝒖 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑴𝒂𝒅𝒂𝒏𝒊”