Tarikh diterbitkan : 02 Oct 2024

JUPEM @ SEMINAR MYGEOMATICS 2024 | 17-18 September 2024

JUPEM @ SEMINAR MYGEOMATICS 2024 |   17-18  September  2024

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah menganjurkan Seminar MyGeomatics 2024 yang bertemakan “Era Geomatik” pada 17-18 September 2024 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. 

Seminar ini diadakan bertujuan untuk berkongsi idea, memberi penerangan dan pendedahan kepada teknologi terkini merangkumi bidang pemetaan, hidrografi dan utiliti bawah tanah. 

JUPEM turut bekerjasama dalam menjayakan seminar ini dengan jemputan sebagai pembentang, peserta dan pempamer. 

Slot pembentangan JUPEM telah dibentangkan oleh Sr Mohd Fairuz bin Ishak dengan tajuk Role of JUPEM in Utility Mapping in Malaysia.