Tarikh diterbitkan : 22 Mar 2023

PROGRAM SANTAPAN ROHANI @ GSD 2023 | 17 MAC 2023

PROGRAM SANTAPAN ROHANI @ GSD 2023 | 17 MAC 2023

Satu program ceramah agama dengan nama Program Santapan Rohani telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat JUPEM bersempena dengan sambutan Global Surveyors’ Day (GSD) JUPEM 2023.

Penceramah agama yang tersohor di Malaysia iaitu Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak (Panel Pakar Falak JAKIM) telah dijemput oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Bulan Sebagai Alat Pengukur dan Penentu Waktu Kepada Manusia’.

Turut hadir pada program ini ialah YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Program ceramah agama yang berlangsung selama dua (2) jam ini telah memberi pelbagai ilmu pengetahuan mengenai falak dan perkaitannya dengan bidang ukur dan pemetaan.

Program yang telah dihadiri oleh 250 orang dari semua bahagian di Ibu Pejabat JUPEM dan ditonton secara langsung di Facebook LIVE JUPEM dengan jumlah tontonan 1400 yang melihat telah menarik perhatian penonton mendengar ceramah tatkala menghampiri bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Program ini adalah dibawah penyelarasan Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) Ibu Pejabat JUPEM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dan anjuran kerjasama Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Ibu Pejabat JUPEM, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Affin Bank Berhad (cawangan Ampang Jaya) di atas kesudiaan turut menjayakan program ini.