Tarikh diterbitkan : 06 May 2024

CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL 1445H/2024M DI MENARA KUALA LUMPUR | 09 April 2024

CERAPAN RASMI HILAL SYAWAL 1445H/2024M DI MENARA KUALA LUMPUR  | 09 April  2024

Kuala Lumpur, Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) diiringi oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan berkesempatan untuk menghadiri Cerapan Rasmi Hilal Syawal bagi Tahun 2024M bersamaan 29 Ramadan 1445H di Menara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Antara tetamu kehormat yang hadir sama adalah Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah. 
Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad turut berkesempatan mencuba mencerap anak bulan hilal melalui telekskop dan total station yang telah disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) disamping taklimat yang diberikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan dan Sr Muhammad Daud bin Mahdzur. 

Cerapan ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi tuntutan syarak mengikut prosedur di negara ini dalam menentukan tarikh 1 Syawal seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H melalui rukyah hilal dan kaedah hisab imkanur rukyah. Cerapan anak bulan ini telah dilaksanakan melibatkan pasukan ukur JUPEM dan pasukan pencerap Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan berpandukan kepada data hisab yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia dan Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM. 

Selain itu melalui cerapan ini juga, pencerap akan merekodkan data-data matahari  bagi tujuan semakan ketepatan data rukyah yang telah disediakan dan memastikan ketepatan data hitungan yang digunakan.