Tarikh diterbitkan : 20 Jun 2024

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUPEM SIRI 1/2024 | 28 April hingga 03 Mei 2024

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUPEM SIRI 1/2024 | 28 April hingga 03 Mei  2024

Siri pertama Program Transformasi Minda (PTM) 2024 telah selesai dilaksanakan pada 28 April – 03 Mei 2024 di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak . PTM ini adalah sebagai satu syarat wajib untuk tujuan pengesahan jawatan bagi pegawai lantikan baharu. Selain itu ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah negara, integriti pentadbiran negara serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam. PTM juga diharap dapat memupuk keperibadian, jati diri dan nilai integriti peserta supaya lebih berketerampilan seterusnya menjadikan peserta seorang pegawai awam yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti.

PTM siri 1 JUPEM ini telah di hadiri seramai 40 orang peserta dari gred J41, JA29, N29 dan H11 dan Majlis Penutup PTM JUPEM Siri 1/2024 telah disempurnakan oleh Sr Mohd Riza bin Halim, Pengarah Ukur Seksyen Pembangunan Kompetensi. 

Sepanjang 6 hari PTM berlangsung, pelbagai pengisian telah disempurnakan oleh barisan penceramah dari pelbagai kementerian/agensi dan Bahagian di JUPEM yang mencakupi 3 segmen iaitu Segmen Negara dan Perkhidmatan Awam, Segmen Peranan dan Tanggungjawab dan Segmen Budaya Kerja Cemerlang.

Terima kasih juga pada barisan penceramah iaitu;

i. Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor (BPK, JUPEM);

ii. Sr Mohd Riza bin Halim (BPK, JUPEM);

iii. En Mohd Badrul bin Ahmad (BPSM, NRECC);

iv. En. Lim Song Huat (KUI, JUPEM);

v. Pn. Ahnidar binti Md Noor (JUPEM Perak);

vi. En. Mohd Dhaniel bin Mohd Sufian (BKP, JUPEM);

vii. En Mazlan bin Md.Noor (CGSO);

viii. Cik. Lizza Imelia M.Sulanah (JAPEN);

ix. Pn. Norhafinaz binti Mohd Noor (INTURA);

x. En. Mohd Isa bin Jasin Pegawai Perhubungan Awam KPWKM.

Terima kasih kepada pihak Hotel Taiping Perdana yang telah menyediakan penginapan dan fasiliti yang terbaik untuk semua peserta, urus setia dan penceramah. Tidak dilupakan barisan urus setia dari Seksyen Pembangunan Kompetensi, Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM.

Diharapkan dengan penganjuran PTM ini dapat mencapai objektif di antaranya adalah untuk melahirkan penjawat awam khususnya dan JUPEM amnya yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti.