Tarikh diterbitkan : 20 Jun 2024

TPM MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JUPEM MAJLIS APRESIASI PETUGAS BARISAN HADAPAN MONSUN TIMUR LAUT 2023/2024 DI PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR | 07 Mei 2024

TPM MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA JUPEM MAJLIS APRESIASI PETUGAS BARISAN HADAPAN MONSUN TIMUR LAUT 2023/2024 DI PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR |  07 Mei  2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menjemput JUPEM bagi Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024.

Pengarah Bahagian Pemetaan Topografi, Sr Abdul Rahman bin Mohd Jazuli dan Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Kolonel Gs Norazlin binti Pamuji telah menghadiri Majlis ini untuk menerima Sijil Penghargaan daripada TPM. 

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Secara keseluruhannya, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Datuk Seri Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024.

Penghargaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi semangat dalam menyediakan maklumat bagi mendukung teras kedua pelan strategik JUPEM 2021-2025 iaitu memantapkan Perkhidmatan Geospatial Pertahanan yang mendukung dasar Keselamatan dan kedaulatan negara serta menjadi salah satu usaha BGSP untuk mendukung nilai teras keempat Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu tadbir urus yang baik (Pengurusan Teknologi Geo-Dataraya)