Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2024

LAWATAN KERJA LEMBAGA GETAH MALAYSIA KE JUPEM | 08 Mei 2024

LAWATAN KERJA LEMBAGA GETAH MALAYSIA KE JUPEM | 08 Mei  2024

Lawatan kerja dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) ke JUPEM telah berlangsung pada 8 Mei 2024 di Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Pihak LGM telah hadir dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian (Pembangunan Industri Getah), Kementerian Perladangan dan Komoditi, En. Peter Dennis dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Operasi) Lembaga Getah Malaysia, En. Wan Ahmad Asmady bin Wan Md.Din serta delegasi LGM.

Lawatan dan perbincangan berkenaan keperluan data ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat, Sr Mohamad Azmar bin Che Mat serta wakil dari Bahagian Kadaster (BK) dan Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) JUPEM. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan data NDCDB bagi projek LGM dalam membangunkan sistem PAT-G dalam menyimpan maklumat pekebun-pekebun getah. Semoga hubungan dan kerjasama antara JUPEM dan LGM terus diperkukuhkan.