Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2024

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 09 Mei 2024

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)  | 09 Mei  2024

Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), YBhg. Laksmana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) JUPEM, YBrs. Sr. Hazri bin Hassan di Wisma JUPEM Kuala Lumpur pada 9 Mei 2024.

Kunjungan ini turut dihadiri dua (2) orang delegasi dari PHN iaitu Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar, Kdr Ts. Mohd Shukri bin Mohd Yusof. 

Turut hadir bersama YBrs. KPUP adalah YBrs. Sr Haji Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat serta pegawai-pegawai kanan JUPEM. 

Sesi kunjungan ini turut membincangkan hubungan dua hala dan kesaksamaan dalam kerjasama serta  perancangan di masa hadapan. Sebagai menyantuni kehadiran delegasi PHN, KPUP JUPEM menyampaikan cenderamata Jabatan kepada KP PHN.