Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2024

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN JURUKUR TANAH BERTAULIAH (PEJUTA) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 09 Mei 2024

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN JURUKUR TANAH BERTAULIAH (PEJUTA) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA  | 09 Mei  2024

Pihak Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah (PEJUTA) yang diketuai oleh Presiden PEJUTA, YBrs. Tuan Md Rodi bin Ismail telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. turut hadir sama oleh YBrs. Sr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II) dan Sr Rabiulkhair bin Mohd Noor, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat (Bahagian Perancangan dan Korporat) pada pagi ini di Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.

Delegasi PEJUTA turut dihadiri oleh Timbalan Presiden iaitu dan Sr Ezam bin Ariffin, Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Setiausaha Agung PEJUTA, Sr Mohd Latif bin Zainal, Bendahari Agung iaitu Sr Azhar bin Husain dan wakil-wakil Exco PEJUTA.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara PEJUTA dan JUPEM dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan di Malaysia.

Selain itu, pihak PEJUTA turut membincangkan berkaitan perkukuhan Profesion Juruukur Tanah seperti Pindaan Akta JTB, Halatuju PEJUTA dan program yang dirancang pada tahun ini yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak JUPEM.

Pada akhir sesi, pihak PEJUTA dan JUPEM telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Diharapkan kerjasama erat antara JUPEM dan PEJUTA ini dapat menggalakkan Juruukur di luar untuk turut sama terlibat di dalam aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti ukur.