Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2024

MAJLIS GRADUASI HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME | 09 Mei 2024

MAJLIS GRADUASI HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME | 09 Mei  2024

Majlis Graduasi Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) FIG/IHO/ICA Category ‘A’ bagi Sesi (2023/2024) telah diadakan dan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Sr Dr. Kherun Nita binti Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia dan YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 9 Mei 2024 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton, K.Lumpur.

Program UTM HYDRO III ini merupakan program yang keempat berjaya dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA). Program UTM HYDRO III telah disertai oleh peserta dikalangan Juruukur Tanah Berlesen dimana para peserta perlu menamatkan 14 subjek yang telah ditetapkan bagi dianugerahkan Sijil Category A Level.

Pada majlis ini, seramai 21 pelajar telah berjaya menamatkan Program UTM HYDRO III dengan jayanya dan telah menerima Sijil kelulusan dan diiktiraf oleh FIG/IHO/ICA International Board on Standards of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC).