Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2024

MESYUARAT TEKNIKAL DIANTARA BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL NEGARA (BPDGN), JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BERSAMA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR) BAGI PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA SPATIAL SPR | 16 Mei 2024

Satu mesyuarat teknikal telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), Wisma JUPEM bersama-sama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 16 Mei 2024. Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada lawatan SPR ke JUPEM pada 19 April 2024 yang lalu berkenaan perkongsian data geospatial. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr Abdullah Tohhar bin Mat Yasin, Penolong Pengarah Ukur, Cawangan Pengurusan Portal MyGeoServe. 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan serta mendapatkan khidmat nasihat secara teknikal mengenai ketersediaan data di dalam pangkalan data JUPEM yang terkini mengikut MS1759 bagi membantu perancangan pihak SPR untuk membuat permohonan data di JUPEM untuk keperluan di dalam pangkalan data SPR.