Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2024

MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PROJEK PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARA NEGERI SELANGOR DENGAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN NEGERI SELANGOR DENGAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA | 17 Mei 2024

MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PROJEK PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARA NEGERI SELANGOR DENGAN WILAYAH PERSEKUTUAN  KUALA LUMPUR DAN NEGERI SELANGOR DENGAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA  | 17 Mei  2024

JUPEM sebagai agensi pelaksana dalam urusan penentuan sempadan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia kini dalam tindakan menjalankan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara Negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang bermula pada hujung tahun 2022 yang lalu. 

Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2024 Bagi Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Selangor - WP Kuala Lumpur dan Negeri Selangor - WP Putrajaya ini telah dipengerusikan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan dengan dihadiri oleh Sr Salmah binti Saleh, Pengarah Ukur dan Pemetaan WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Sr Khairil Izwan bin Ahmad Arshad, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I JUPEM Selangor, pegawai-pegawai bermandat daripada Bahagian Ehwal Persempadanan, Bahagian Kadaster, Bahagian Ukur Geodetik, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, JUPEM Selangor dan JUPEM WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Mesyuarat ini antara lain telah berjaya mencapai solusi dan keputusan bersama dalam melancarkan urusan teknikal berhubung aspek penandaan dan pengukuran sempadan. 

Status kerja-kerja penandaan dan pengukuran yang dijalankan oleh JUPEM Selangor dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Putrajaya ini secara ringkasnya telah disiapkan dan dikemukakan Pelan Kerja Penandaan dan Pengukuran bagi sektor Selangor - WP Putrajaya pada Februari 2024 untuk pertimbangan dan persetujuan kedua-dua pihak Kerajaan Negeri. Manakala bagi sektor Selangor - WP Kuala Lumpur melibatkan 11 kawasan, telah disiapkan kerja ukuran di Kawasan I - V dan JUPEM kedua-dua negeri kini sedang giat melaksanakan baki ukuran bagi kawasan terlibat.