Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2024

SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI “GPR STREAM UP” DI JUPEM | 17 Mei 2024

SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI “GPR STREAM UP” DI JUPEM | 17 Mei  2024

Satu Sesi 'Technology Update' telah dibuat oleh syarikat Surmap Sdn. Bhd. hari ini. Taklimat telah dibuat di Tingkat 4 , Bangunan Ukur dan telah dipengerusikan oleh Sr Mohd Noor bin Wagiran, yang juga merupakan Pengarah Ukur Seksyen Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU). Peserta terdiri daripada para pegawai dari BPU. Taklimat yang disampaikan adalah berkenaan Teknologi GPR, aplikasi dan kelebihan peralatan baru yang dibawa.

Demonstrasi peralatan juga telah dibuat di persekitaran JUPEM Ibu pPejabat. Para peserta juga turut serta dalam demonstrasi berkenaan yang dijalankan secara 'hands on'.