Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2024

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN BAHAGIAN GEOMATIK UKUR TANAH, PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 20 Mei 2024

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN BAHAGIAN GEOMATIK UKUR TANAH, PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 20 Mei  2024

JUPEM dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah (GLS) , Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 

Kempen Derma Darah ini turut dihadiri oleh YBrs Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan diiringi oleh YBrs Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusuff, Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, RISM.

Seramai 73 orang telah hadir dalam kempen ini dan terdapat 47 orang penderma berjaya melepasi saringan untuk menderma darah. Pihak Urus Setia JUPEM dan RISM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan kakitangan PDN kerana telah menjayakan kempen ini.

“Setitis darah, Seribu Harapan, Sejuta Senyuman”