Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2024

LAWATAN AKADEMIK FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR (FABU) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE JUPEM | 24 Mei 2024

LAWATAN AKADEMIK FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR (FABU) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE JUPEM | 24 Mei  2024

Seramai 40 pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), JUPEM pada 24 Mei 2024 (Jumaat).

Lawatan ini telah diketuai oleh Sr Dr Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim selaku pensyarah pengiring yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peranan JUPEM dalam bidang pemetaan utiliti serta mempelajari tatacara ujian peralatan pengesanan menggunakan alat Ground Penetrating Radar (GPR) dan Electro-Magnetic Locator (EML) dan juga proses kerja di BPTSM.

Sr Izuan bin Hashim, Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Perancangan dan Korporat) telah memberi ucapan alu-aluan serta taklimat ringkas berkaitan latar belakang dan peranan JUPEM. Seterusnya, para pelajar juga telah dibawa ke Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah JUPEM bagi mempelajari teknik dan menjalankan ujian kalibrasi peralatan GPR dan EML secara hands-on serta melihat proses kerja di Seksyen Penawanan Data, BPTSM.

Terima kasih kepada pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana sudi mengadakan lawatan ke JUPEM dan semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada para pelajar sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.