Tarikh diterbitkan : 26 Jun 2024

LATIHAN PENERBITAN PETA BENCANA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DI PERINGKAT BENCANA TAHAP I DAN TAHAP II | 27-30 Mei 2024

LATIHAN PENERBITAN PETA BENCANA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DI PERINGKAT BENCANA TAHAP I DAN TAHAP II | 27-30 Mei  2024

Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM telah menganjurkan Latihan Penerbitan Peta Bencana JUPEM di Peringkat Bencana Tahap I dan Tahap II kepada semua JUPEM Negeri-negeri termasuk Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), Tingkat 3, Bangunan Ukur pada 27 hingga 30 Mei 2024 yang lalu. 

Latihan ini telah dirasmikan dan penutup oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), YBhg. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab. Seramai 33 orang peserta telah menghadiri latihan ini dengan jayanya.

Penganjuran latihan ini adalah lanjutan kepada hasil Latihan Perkasa Waja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 14 - 17 November 2023 dimana salah satu tugasan iaitu penyediaan Peta Khas Bencana oleh JUPEM Johor menggunakan perisian MapInfo berjaya dilakukan. 

Kandungan latihan ini merangkumi aspek teori dan hands-on dimana penceramah adalah terdiri dari wakil JUPEM Ibu Pejabat iaitu Sr K. Mathavan a/l S. Kumaran dari Bahagian Kartografi & GIS (BKGIS), Sr Mohd Riza bin Halim dari Bahagian Perancangan & Korporat (BPK), Lt Kol Khairil Anwar bin Che Khalid dari BGSP dan Sr Nur Sabrina binti Sulaiman dari Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN). Manakala sesi hands-on dikendalikan oleh En. Muhammad Nor Hakeem bin Baharim dari JUPEM Johor dan En. Mohd Helmi bin Jafri dari BKGIS.

Outcome yang telah dicapai melalui latihan ini adalah penyediaan Peta Khas Bencana menggunakan Perisian Mapinfo dapat dihasilkan oleh semua peserta dan peranan Penerbit Peta telah diperluaskan di peringkat bencana tahap I (Daerah) dan tahap II (Negeri). JUPEM akan terus melaksanakan latihan seperti ini dimasa akan datang untuk penghasilan Peta Khas Bencana yang bernilai tambah dan berketepatan tinggi. JUPEM juga berharap akan terus memberikan komitmen dan bantuan maklumat.