Tarikh diterbitkan : 10 Jul 2024

JUPEM @ 26TH INTERNATIONAL SURVEYORS’ CONGRESS | 06 - 07 Jun 2024

JUPEM @ 26TH INTERNATIONAL SURVEYORS’ CONGRESS  | 06 - 07 Jun  2024

International Surveyors Congress (ISC) 2024 kali ke-26 anjuran Pertubuhan Jurukur DiRaja Malaysia (RISM) telah berlangsung pada 6 dan 7 Jun 2024 di Dewan Manhattan II Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. 

Kongres ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad pada 6 Jun 2024. YBM NRES turut membuat sesi lawatan ke reruai JUPEM dan ia turut diiringi Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Sr Hazri bin Hassan turut hadir diiringi Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob.

Di sektor pameran, reruai JUPEM terus mempromosikan peranan JUPEM dengan memperkenalkan applikasi MyLot dan MyKiblat untuk pengunjung yang hadir. ISC kali ini telah dihadiri lebih 350 peserta, turut disertai oleh lain-lain pemain industri pempamer.