Tarikh diterbitkan : 10 Jul 2024

KEMENTERIAN EKONOMI & JUPEM @ MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1445H @ MENARA KUALA LUMPUR | 07 Jun 2024

KEMENTERIAN EKONOMI & JUPEM @ MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1445H @ MENARA KUALA LUMPUR  | 07 Jun  2024

Program Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1445h di Menara Kuala Lumpur pada 7 Jun 2024 bersamaan 29 Zulkaedah 1445H telah dihadiri oleh JUPEM bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JUPEM selaku pasukan teknikal bagi cerapan hilal ini telah disokong dari Bahagian Pemetaan Topografi Wilayah K.Lumpur, JUPEM.

Program kali ini turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Ekonomi, untuk melihat secara dekat proses dan program ini berlangsung. Ia telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) dan Dr. Noranida binti Zainal, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli serta beberapa pegawai dari Kementerian berkenaan. 

Bagi pihak pengurusan JUPEM ia telah dihadiri oleh Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat.

.Jawatankuasa Anak Bulan Wilayah Persekutuan K.Lumpur telah diketuai oleh Timbalan Mufti SS Tn.Hj Jamali bin Mohd Adnan.

JUPEM turut menyiarkan secara langsung (live) Program Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1445H @ TikTok JUPEM, bagi tujuan perkongsian kepada umum bagi menerangkan peranan jabatan dan kaedah cerapan hilal ini.