Tarikh diterbitkan : 12 Jul 2024

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 04 Jun 2024

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)  | 04 Jun  2024

Delegasi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa yang diketuai oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa bersama lapan (😎 pegawai kanan yang lain telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 4 Jun 2024.


Delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I (TKPUP I).
Turut hadir bersama adalah YBrs. Sr Nazri bin Othman, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan), Sr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data dan Geospatial Negara), Sr Mohd Riza bin Halim, Pengarah Ukur Seksyen (Pembangunan Kompetensi) serta pegawai-pegawai kanan lain.


Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kolaborasi perkongsian data antara PLANMalaysia dan JUPEM untuk pembangunan sistem Malaysia Urban Observatory (MUO) dan Sistem Maklumat Gunatanah Bersepadu (i-plan).
Sesi kunjungan ini turut membincangkan hubungan dua hala dan kesaksamaan dalam kerjasama serta perancangan kajian-kajian di masa hadapan. Sebagai menyantuni kehadiran delegasi, YBrs. TKPUP I telah menyampaikan cenderamata Jabatan kepada YBhg. Datuk KP PLANMalaysia.