Tarikh diterbitkan : 12 Jul 2024

LAWATAN KERJA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KE PRASARANA MALAYSIA BERHAD – PERBINCANGAN MENGENAI PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) | 11 Jun 2024

LAWATAN KERJA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KE PRASARANA MALAYSIA BERHAD – PERBINCANGAN MENGENAI PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM)  | 11 Jun  2024

Satu sesi perbincangan mengenai Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program) telah diadakan di Prasarana Malaysia Berhad pada 11 Jun 2024. Wakil JUPEM telah dihadiri oleh Sr Mohamad Azmar bin Che Mat (Pengarah Ukur Bahagian, Perancangan dan Korporat), Sr Mohd Riza bin Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pembangunan Kompetensi), Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat) dan pegawai-pegawai lain. Kunjungan ini telah disambut oleh Puan Sara Shariza bin Abd Rahim (Naib Presiden Kanan Jabatan Modal Insan) bersama enam (6) lagi pegawai Prasarana yang lain. 


Sesi ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program) sepertimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) selaras dengan Dasar dan Prosedur Penempatan Pegawai Di Bawah Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program). Perbincangan ini juga meliputi pembangunan kerjaya, program-program latihan yang disediakan yang terdiri daripada program kompetensi dan sahsiah diri kakitangan. 


Sesi ini dimulakan dengan perkongsian oleh pihak Prasarana mengenai Program Latihan Pengurusan iaitu Strategic Prasarana Executive Enhancement and Development Scheme (SPEEDS). Matlamat SPEEDS ini adalah untuk mempercepatkan perkembangan kerjaya graduan baharu supaya menjadi generasi yang memberikan sumbangan penting dan pemimpin organisasi. Selain itu, antara lain yang dikongsi adalah mengenai program latihan industri yang menawarkan peluang kepada calon peringkat permulaan untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar. Program ini bersifat pendidikan, bermatlamat, dan memberi inspirasi di mana semua pelatih akan dibimbing oleh pekerja berpengalaman untuk memastikan tahap pembelajaran yang berkualiti. 


Pihak JUPEM juga turut membuat perkongsian berkaitan peranan dan fungsi Jabatan selain mempromosikan aplikasi MyLot dan MyKiblat. Diharap sesi perkongsian dan perbincangan ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua organisasi. Sebagai menyantuni kesudian pihak Prasarana menerima kunjungan ini, Sr Mohamad Azmar bin Che Mat telah menyampaikan cenderamata Jabatan kepada Puan Sara Shariza bin Abd Rahim.