Tarikh diterbitkan : 12 Jul 2024

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) ON THE EVIDENCE AND ARCHIVE RESEARCH FOR BOUNDARY DELIMITATION | 11-12 Jun 2024

FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) ON THE EVIDENCE AND ARCHIVE RESEARCH FOR BOUNDARY DELIMITATION | 11-12 Jun  2024

Pada 11 -12 Jun 2024, JUPEM telah menganjurkan 𝘍𝘰𝘤𝘶𝘴 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘋𝘪𝘴𝘤𝘶𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 (𝘍𝘎𝘋) 𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘌𝘷𝘪𝘥𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘈𝘳𝘤𝘩𝘪𝘷𝘦 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘧𝘰𝘳 𝘉𝘰𝘶𝘯𝘥𝘢𝘳𝘺 𝘋𝘦𝘭𝘪𝘮𝘪𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 bertempat di Dewan Prima Ballroom, Wisma Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada Pihak Berkuasa Negeri yang terlibat secara langsung dalam urusan penentuan sempadan darat dan maritim antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. FGD yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan 5 sesi pembentangan dan 1 sesi perbincangan berkisarkan aspek penentuan sempadan (teknikal dan perundangan), 𝘩𝘪𝘴𝘵𝘰𝘳𝘪𝘤 𝘵𝘪𝘵𝘭𝘦 dan isu-isu penentuan sempadan bertujuan memberi peluang kepada pihak PBN seluruh negeri melibatkan diri secara aktif dalam membincangkan serta bertukar-tukar pandangan dalam mencari satu penetapan resolusi dalam usaha merungkai polemik persempadanan antara negeri. 


Program FGD ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bagi merasmikan program FGD yang antara lain, melalui ucapan perasmian telah menzahirkan bahawa dalam proses penentuan sempadan selain aspek teknikal, JUPEM turut memfokuskan kepada pengesanan dan penyelidikan dokumen arkib, fakta-fakta sejarah dan rekod persempadanan darat serta maritim yang mana sangat penting dan relevan dalam menyusun gambaran dan naratif yang tepat dalam usaha memuktamadkan persempadanan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Selain pengharapan agar program FGD ini kelak dapat diaplikasikan dalam usaha memuktamadkan sektor-sektor yang masih di peringkat rundingan. 


Ucapan aluan dan penutup FGD telah disampaikan oleh YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan antara lain berkata kesanggupan semua pihak untuk bekerja secara berstrategik dengan penuh komitmen akan membolehkan inisiatif yang dilaksanakan ini memacu kejayaan kepada agenda pembangunan negara yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.  


Hadir sama program ini adalah YBrs. Sr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, pegawai-pegawai daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Kamar/Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Bahagian/Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Arkib Negara Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri, Pejabat Topografi Wilayah dan Bahagian-Bahagian dari Ibu Pejabat JUPEM. 


JUPEM sentiasa berusaha memberikan khidmat nasihat serta membantu PBN meningkatkan pemahaman kepada pihak yang berkepentingan terhadap proses memuktamadkan sempadan darat dan maritim bersama antara negeri-negeri. Sebagai rekod sejak tahun 2010 lagi JUPEM telah mengadakan road show mengikut zon dari utara, ke zon selatan hingga ke zon timur dan pada tahun 2017 bengkel penandaan dan penentuan sempadan darat dan maritim antara negeri di Semenanjung Malaysia secara berskala besar melibatkan semua PBN di seluruh Semenanjung Malaysia. 
Terima kasih di atas penyertaan giat semua pihak terlibat, ketemu lagi pada masa akan datang membawa satu harapan dan sasaran bersama demi Malaysia tercinta.