Tarikh diterbitkan : 10 May 2021

Anak-anak yatim dan 2 buah pertubuhan kebajikan menerima sumbangan

KUALA LUMPUR, 6 MEI - Satu upacara ringkas telah dijalankan bersempena Program Ihya Ramadan JUPEM 2021/1442H anjuran bersama JUPEM dan PUSPANITA. Pihak JUPEM memohon maaf kepada pihak yang telah menyumbangkan sumbangan bagi menjayakan program ini yang sepatutnya diadakan di Prima Ballroom, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed kepada wakil anak-anak yatim di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Encik Mohd Shafi Helmi wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha dan Puan Faezah Ali selaku wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra (Mesra Home).

Sumbangan program ini terdiri daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, LJT (RM10,000.00), Yayasan Kebajikan Juruukur Tanah Berdaftar (RM10,000.00), Geomatics and Land Surveying (GLS) RISM (RM10,000.00), Geospatial Science and Technology College, GSTC (RM7,000.00), Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Berhad, KOJUTA (RM5,000.00), Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (KOJUPEM) dan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA).

Di samping itu, sebanyak 600 kotak bubur lambuk juga turut diagihkan kepada warga JUPEM di Ibu Pejabat JUPEM sempena Program Ihya Ramadan pada tahun ini.