MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA PEJABAT DAN KAUNTER JUALAN JUPEM PAHANG
Dimaklumkan pejabat dan kaunter jualan JUPEM Pahang telah diberi kebenaran oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan untuk beroperasi semula pada 7 Oktober 2021 (Khamis).
Walau bagaimanapun, pelanggan adalah digalakkan untuk melakukan urus niaga secara dalam talian melalui aplikasi eBiz JUPEM <https://ebiz.jupem.gov.my>. Kaunter jualan JUPEM Pahang hanya akan menerima dan melayani pelanggan yang telah membuat janji temu secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Janji Temu Bersepadu (iAMS) di pautan https://www.iamsjupem.com/ bagi perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.
Sekian, terima kasih.