Tarikh diterbitkan : 04 Feb 2024
NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM EKADASTER DAN MYLOT JUPEM LABUAN
Dimaklumkan sistem eKadaster dan Aplikasi MyLot di JUPEM WP.Labuan akan mengalami gangguan capaian bagi memberi laluan kepada kerja-kerja migrasi semua server aplikasi dari rak sedia ada ke rak baru di bawah Tender JUPEM T23/2022. Tarikh dan masa gangguan adalah seperti berikut :
Tarikh dan Masa Mula : 05 Februari 2024 (Isnin) @ 4.00pm
Tarikh dan masa dijangka selesai : 06 Februari 2024 @ 4.00am
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian, Harap Maklum