Tempahan Urusan Kaunter melalui Sistem Pengurusan Janji Temu Bersepadu (iAMS)
Dimaklumkan tempahan urusan kaunter di JUPEM Negeri oleh orang awam boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Janji Temu Bersepadu (iAMS) <https://www.iamsjupem.com/> bagi JUPEM Perak dan JUPEM W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya mulai pada 8 Februari 2021 (Isnin). Mana-mana pihak boleh menggunakan platform ini untuk membuat tempahan urusan kaunter JUPEM Negeri di agensi ini.
Sila berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 05-2517181 untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai penggunaan sistem iAMS.
Sekian, terima kasih.