Visi Misi Moto Objektif Fungsi Dasar Kualiti Kod Etika Logo JUPEM.


style switcher

Objektif

  • Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster, pemetaan dan geodetik menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan.
  • Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara.
  • Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan, geodetik, pemetaan utiliti bawah tanah dan maklumat geospatial.
  • Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara.
  • Memastikan perkhidmatan geospatial pertahanan yang berkualiti dan bersepadu dalam mendokong infrastruktur pertahanan dan keselamatan Negara.

Fungsi

  • Menasihati kerajaan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan dan geospatial serta persempadanan negeri dan antarabangsa.
  • Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum.
  • Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan efisien.
  • Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti bawah tanah untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan.
  • Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik.
  • Menyediakan khidmat geospatial pertahanan secara menyeluruh dan bersepadu untuk tujuan pertahanan dan keselamatan.
  • Menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat, data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie.
style switcher

style switcher

Dasar Kualiti

JUPEM komited kepada pemberian perkhidmatan ukur kadaster dan pemetaan serta penyebaran maklumat geospatial yang berkualiti mengikut standard yang ditetapkan dan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

  • Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi.
  • Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan.
  • Berdisiplin dan berhemah tinggi.
  • Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akuantabiliti.
  • Menjalinkan semangat kerjasama, muhibbah dan kasih sayang pada semua peringkat.
  • Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan.
  • Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti.
  • Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan.
  • Sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.

Definisi Logo

Logo JUPEM pada keseluruhannya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendukung Dasar Pembangunan Negara.

  • Reka bentuk logo JUPEM terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan orbit. Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran pemetaan.
  • Warna oren melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan dan menyatakan kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.
  • Warna hijau adalah warna rasmi jabatan dan dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam pemeliharaan persekitaran yang sihat.
  • Penampilan titik-titik memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem jaring untuk memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan.
  • Garisan orbit pula menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat dan rangkaian.

style switcher