Tarikh diterbitkan : 16 Jul 2024

MAJLIS APRESIASI JUPEM TAHUN 2024 | 20 Jun 2024

MAJLIS APRESIASI JUPEM TAHUN 2024 | 20 Jun  2024

Majlis Apresiasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) tahun 2024 telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Khamis) di Prima Ballroom, Wisma LJT, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP).

Majlis ini diadakan bagi meraikan seramai 148 pegawai yang telah dan bakal bersara pada tahun 2024 ini, 7 orang penerima Anugerah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (AKPUP) Malaysia dan 23 orang penerima Anugerah Khidmat Setia (AKS).

Jabatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat cemerlang semua pesara dan bakal pesara, serta penerima AKPUP dan AKS dalam mengharumkan nama JUPEM serta atas kesetiaan dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang tempoh 35 tahun atau lebih berkhidmat di JUPEM.