Tarikh diterbitkan : 16 Jul 2024

JUPEM @ KARNIVAL ALAM KITA TAHUN 2024 | TAMAN TASIK TITIWANGSA - 22 & 23 Jun 2024

JUPEM @ KARNIVAL ALAM KITA TAHUN 2024  | TAMAN TASIK TITIWANGSA -  22 & 23  Jun  2024

JUPEM dipertanggungjawab bersama JASKL untuk menyelaras aktiviti dan permainan di 🅺🅸🅳🆂 🆉🅾🅽🅴 sempena KAK 2024.

Pertandingan Mewarna merupakan aktiviti utama yang ditawarkan yang melibatkan 3 kategori bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Antara aktiviti lain adalah King of Wheel, Silang Kata, Snakes and Ladders, Interactive Board. Dan yang paling menarik 𝙞𝙣𝙛𝙡𝙖𝙩𝙖𝙗𝙡𝙚 𝙥𝙡𝙖𝙮𝙜𝙧𝙤𝙪𝙣𝙙 turut disediakan oleh pihak Kementeria NRES secara PERCUMA kepada pengunjung.

YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan diiringi Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur turut hadir memberi sokongan serta telah menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung KAK 2024 terutamanya para ibu dan bapa yang meluangkan masa bersama-sama anak-anak di 🅺🅸🅳🆂 🆉🅾🅽🅴! Tidak lupa jua terima kasih kepada JASKL kerana bersama-sama menjayakan semua aktiviti di 🅺🅸🅳🆂 🆉🅾🅽🅴!