Tarikh diterbitkan : 28 Oct 2022

IBU PEJABAT JUPEM BERJAYA KEKALKAN QE/5S KALI KE-12 | 13 OKTOBER 2022

IBU PEJABAT JUPEM BERJAYA KEKALKAN QE/5S KALI KE-12 | 13 OKTOBER 2022

Ibu Pejabat JUPEM sekali lagi telah berjaya mengekalkan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ke-12 bagi tahun 2022-2023. Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) telah dijalankan oleh Juruaudit dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Encik Sabri bin Hasan, Pengurus Unit Pengurusan Pengiktirafan pada 13 Oktober 2022. Dengan itu pihak MPC bersetuju untuk mengesyorkan pembaharuan Sijil QE/5S bagi tahun 2022-2023.

Syabas dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi, barisan Urus Setia, semua Ahli Jawatankuasa QE/5S serta semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Semoga pensijilan ini dapat dikekalkan di masa akan datang dan membuka ruang kepada seluruh warga Ibu Pejabat JUPEM untuk mengamalkan persekitaran yang berkualiti.