Tarikh diterbitkan : 29 Nov 2022

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT MARITIM MALAYSIA (MIMA) KE JUPEM

KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT MARITIM MALAYSIA (MIMA) KE JUPEM

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai daripada Institut Maritim Malaysia (MIMA) pada 23 November 2022 (Rabu). Rombongan MIMA diketuai oleh Ts. Egbert Adolf Naintin, Ketua Pusat Ocean Law and Policy (OLAP) dan dua (2) orang pegawai penyelidik dari Pusat Ocean Law and Policy (OLAP) iaitu En. Muhammad Zulhilmi Mohd Nizam dan Cik Nurul 'Atiqah Rosnan.

Rombongan MIMA disambut oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan II (TKPUP II) di Bilik Mesyuarat Intan, Tingkat 11, Wisma JUPEM, bersama Sr Powzy bin Md Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) dan Sr Hj Kamarul Azam bin Kamarul Baharin, Pengarah Ukur Seksyen (PUS) Sempadan Maritim Antarabangsa (SMA), BEP dan beberapa pegawai daripada SMA, BEP, JUPEM.

Sesi kunjungan hormat MIMA ke JUPEM ini khususnya ke BEP adalah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti di BEP khasnya berkaitan dengan isu-isu persempadanan maritim serta mendapat maklumat dan pendedahan kepada aspek-aspek sempadan maritim antarabangsa selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.

Sesi kunjungan hormat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, TKPUP II. Seterusnya, taklimat berhubung aktiviti dan peranan JUPEM dalam persempadanan maritim antarabangsa termasuk Projek Pelantar Benua Malaysia dan aspek-aspek teknikal dalam pembatasan persempadanan maritim, antaranya kaedah pengukuran titik pangkal dan kaedah pembatasan sempadan maritim telah disampaikan oleh Sr Hj Kamarul Azam bin Kamarul Baharin, PUS (SMA) BEP.

Selain bertukar-tukar pandangan dan cetusan idea-idea baru, sesi kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara MIMA dan JUPEM terutamanya yang melibatkan isu-isu persempadanan maritim dan yang berkaitan.

Sesi kunjungan hormat yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah berakhir pada jam 5 petang dengan pertukaran cenderamata dan sesi fotografi.