Tarikh diterbitkan : 16 Feb 2023

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BIL 1. TAHUN 2023 | 9 FEBRUARI 2023

MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BIL 1. TAHUN 2023 | 9 FEBRUARI 2023

Mesyuarat Pengurusan adalah mesyuarat tertinggi Jabatan yang melibatkan Pengurusan Tertinggi dan semua Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian dan Negeri di JUPEM bagi membentangkan laporan pencapaian 2022 dan membincangkan sasaran kerja bagi tahun 2023. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 9 Februari 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Ia telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Dalam mesyuarat ini juga, telah dibentangkan:

- Sesi Pembentangan 1: Pencapaian Prestasi Tahun 2022 dan Sasaran Tahun 2023 Aktiviti Pemetaan oleh YBrs. Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) Sr Saiful Wazlan bin Wahab;

- Sesi Pembentangan 2: Pencapaian Prestasi Tahun 2022 dan Sasaran Tahun 2023 Aktiviti Kadaster oleh YBrs. Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari;

- Sesi Pembentangan 3: Pencapaian Prestasi Tahun 2022 dan Sasaran Tahun 2023 Aktiviti Bahagian Geospatial Pertahanan oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brig.Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab; dan

- Sesi Pembentangan Khas: Laporan Khas : Peranan JUPEM dalam Tragedi Tanah Runtuh di Batang Kali oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I Selangor, Sr Mohd Riza bin Halim.