SEMINAR KEPIMPINAN EKSEKUTIF (ExLS) SIRI 2 DI BAWAH PROGRAM KEPIMPINAN EKSEKUTIF UNTUK JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL (LEXUS)- Sesi 1 – Sesi 3 | 9 Mei 2023
Seminar Kepimpinan Eksekutif (ExLS) di bawah Program Kepimpinan Eksekutif Untuk Juruukur dan Jurugeospatial (LEXUS) telah membuka tirainya untuk siri ke-2 melibatkan projek khas yang telah dilaksanakan. Penilaian projek khas dijalankan adalah dengan melihat komponen kertas cadangan A3, spesifikasi keperluan perniagaan (business requirement specifications, BRS) dan paparan antaramuka analitik yang disediakan dengan mengambil kira aspek penganalisaan sains data, visualisasi data serta pembangunan analitik data ke arah pembangunan keputusan strategik berdasarkan situasi sebenar Jabatan.
Pada hari pembukaan, sebanyak lapan projek khas telah dibentangkan dari lapan kumpulan iaitu:
1. Kumpulan 1 (Bahagian Perancangan dan Korporat);
Tajuk: ANALISIS DATA PERCETAKAN DAN PEMINTAAN PETA JUPEM BAGI MENAMBAH BAIK PERANCANGAN
PERCETAKAN
2. Kumpulan 2 (JUPEM Johor);
Tajuk: ANALISIS PANGKALAN DATA UKUR KADASTER JUPEM JOHOR
3. Kumpulan 3 (JUPEM Kelantan);
Tajuk: KAJIAN KEBERHUTANGAN DI KALANGAN KUMPULAN SOKONGAN II GRED (H11, H14 & H16) JUPEM
KELANTAN
4. Kumpulan 4 (Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Ehwal Persempadanan, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia);
Tajuk: KAJIAN KEMAJUAN PENGUKURAN TANAH RIZAB DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (WPKL)
5. Kumpulan 5 (JUPEM Melaka);
Tajuk: KAJIAN PENGURUSAN KAKITANGAN JUPEM MELAKA
6. Kumpulan 6 (JUPEM Pahang);
Tajuk: ANALISIS KADAR BAYARAN UPAH UKUR DAN KOS OPERASI BAGI JUPEM PAHANG
7. Kumpulan 7 (JUPEM Negeri Sembilan); dan
Tajuk: TABURAN CRM SELURUH NEGERI SEMBILAN SETA PERANCANGAN CRM YANG BARU
8. Kumpulan 8 (JUPEM Kedah).
Tajuk: KAJIAN JANGKAAN PENGGUNAAN BATU SEMPADAN MENGIKUT PEJABAT UKUR DAERAH DI JUPEM
KEDAH
Pembentangan projek khas telah dijalankan dengan kehadiran peserta sama ada secara fizikal, separa hibrid dan hybrid. Ke semua sesi pembentangan telah dinilai oleh lima (5) orang penilai yang dilantik.