Tarikh diterbitkan : 27 Feb 2020

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA-JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT), UTM KE JUPEM

KUALA LUMPUR, 18 Februari - Satu Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Ukur Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah diadakan pada hari ini oleh YBrs. Dr. Khamarrul Azahari bin Razak dari Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan YBrs. Dr. Shohei Matsuura, Japan International Cooperation Agency (JICA) Expert, MJIIT di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Kunjungan Hormat ini merupakan satu platform kerjasama yang akan dilaksanakan antara JUPEM dan MJIIT dalam pembangunan Garis Panduan Perkhidmatan Geospatial untuk Pengurusan Bencana. Garis panduan yang dibangunkan ini amat penting kepada JUPEM dalam menyediakan dan menyebarkan produk geospatial yang baik dan efisien bagi keperluan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) khususnya dan agensi-agensi lain amnya.