PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUPEM SIRI 2/2023 | 29 MEI -2 JUN 2023
Siri kedua Program Transformasi Minda (PTM) 2023 telah selesai dilaksanakan pada 29 Mei - 2 Jun 2023. PTM ini adalah sebagai satu syarat wajib untuk tujuan pengesahan jawatan bagi pegawai lantikan baharu. Selain itu ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah negara, integriti pentadbiran negara serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam. PTM juga di harap dapat memupuk keperibadian, jati diri dan nilai integriti peserta supaya lebih berketerampilan seterusnya menjadikan peserta seorang pegawai awam yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti
.
PTM siri 2 JUPEM ini telah di hadiri seramai 84 orang peserta dari gred H11 dan JA29 dan Majlis Penutup PTM JUPEM Siri2/2023 telah di sempurnakan oleh Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat JUPEM bersama dengan Puan Khairul Munirah bt. Taris, Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), dan Sr Mohd Riza bin Halim, Pengarah Ukur Seksyen Pembangunan Kompetensi.
Sepanjang 5 hari PTM berlangsung, pelbagai pengisian telah disempurnakan oleh barisan penceramah dari pelbagai kementerian/agensi dan Bahagian di JUPEM yang mencakupi 3 segmen iaitu Segmen Negara dan Perkhidmatan Awam, Segmen Peranan dan Tanggungjawab dan Segmen Budaya Kerja Cemerlang.
Terima kasih juga pada barisan penceramah iaitu :-
i. Puan Siti Zulaikha binti Abdul Wahab Ketua Penolong Setiausaha (Perancangan Strategik) BPSA, NRECC;
ii. En. Haszihan Pegawai Antidadah S44 AADK Negeri Perak, Kompleks KDN, Meru;
iii. Puan Khatijah binti Abd Wahid Pegawai Psikologi S44, BPSM NRECC;
iv. Puan Aisyah binti Abdul Rahman Pesara INTAN;
v. En Mohd Shah Rizan bin Ibrahin Penolong Pengarah S44 MKN;
vi. Puan Nur Hayati binti Mohd Sanusi Akauntan Gred WA41, BPK NRECC;
vii. En. Lim Song Huat Ketua Unit Integriti, JUPEM;
viii. En Mohd Setia bin Abdol Sakor BPSM, NRECC;
ix. Puan Heti Aznin binti Osman Penolong Setiausaha F44 BPSM,NRECC;
x. Puan Nor Hasaliza Asikin binti Nawi Penolong Setiausaha M48 BPSM,NRECC;
xi. Puan Elinawati Maria binti Marzuki BPSM, MOT;
xii. En. Muhammad Firdaus bin Jais Pegawai Keselamatan KP41 INSTUN;
xiii. Pn. Zuhairatun SPRM; dan
xiv. En. Mohd Isa bin Jasin Pegawai Perhubungan Awam KPWKM.
Terima kasih kepada pihak Institut Tanah Dan Ukur Negara yang telah menyokong sepenuhnya program ini, serta menyediakan penginapan dan fasiliti yang terbaik untuk semua peserta, urus setia dan penceramah. Tidak dilupakan barisan urus setia dari Seksyen Pembangunan Kompetensi,Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM.
Diharapkan dengan penganjuran PTM ini dapat mencapai objektif di antaranya adalah untuk melahirkan penjawat awam khususnya dan JUPEM amnya yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti.