KUNJUNGAN HORMAT DARI GEOINFORMASI, FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR, UTM KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 29 DISEMBER 2023
Delegasi daripada Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zamri bin Ismail, menjalankan tugas Pengarah Tugas Pengarah Geoinformasi bersama tujuh (7) kakitangan UTM yang lain telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 29 Disember 2023.
Turut hadir pada sesi kunjungan hormat ini adalah Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik, YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, YBrs. Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat dan Puan Nor Lina binti Elias, Penasihat Undang-Undang.
Semasa kunjungan hormat ini, UTM dan JUPEM berkesempatan membincangkan kerjasama dan perancangan dalam memartabatkan profesien Juruukur dan Jurugeospatial di Malaysia. Antara kerjasama dan kolaborasi tersebut adalah mengadakan penyelidikan dan pembangunan bersama (R&D); inovasi dalam bidang geospatial; dan membangunkan program kerjasama bersama dalam pembangunan kemahiran untuk memenuhi keperluan modal insan semasa dan masa hadapan.
Pihak JUPEM sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada pihak pengajian tinggi di negara ini dalam melahirkan para graduan Geomatik/Ukur Tanah yang berkualiti di samping dapat memenuhi kehendak pasaran dan prospek kerjaya di luar sana.