Tarikh diterbitkan : 16 Jul 2024

KUNJUNGAN TEKNIKAL DARIPADA JABATAN TANAH, KEMENTERIAN TANAH BANGLADDESH KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 24 Jun 2024

KUNJUNGAN TEKNIKAL DARIPADA JABATAN TANAH, KEMENTERIAN TANAH BANGLADDESH KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)  |   24  Jun  2024

Pada 24 Jun 2024, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menyantuni delegasi daripada Jabatan Tanah, Kementerian Tanah Bangladesh yang diketuai oleh Mr. Dewan Mahbubur Rahman, 𝑫𝒆𝒑𝒖𝒕𝒚 𝑪𝒐𝒎𝒎𝒊𝒔𝒊𝒐𝒏𝒆𝒓, 𝑵𝒐𝒂𝒌𝒉𝒂𝒍𝒊 𝒂𝒏𝒅 𝑷𝒓𝒐𝒋𝒆𝒄𝒕 𝑫𝒊𝒓𝒆𝒄𝒕𝒐𝒓, 𝑪𝑫𝑺𝑷-𝑩 (𝑴𝒊𝒏𝒊𝒔𝒕𝒓𝒚 𝒐𝒇 𝑳𝒂𝒏𝒅 𝒑𝒂𝒓𝒕) 𝑷𝒓𝒐𝒋𝒆𝒄𝒕 bersama-sama 19 orang pegawai kanan dan enam (6) orang wakil daripada UTMSPACE yang diketuai oleh Sr Ts. Yusmady bin Md. Junus selaku Pengurus Besar, Pusat Pengajian Diploma Sekolah Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM.

Delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Sr Nazri bin Othman, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Sr Edrin bin Mohd Eusoff, Pengarah Ukur Seksyen (Bahagian Perancangan dan Korporat), Sr Zuraidah binti Sahar, Ketua Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Kadaster), Sr Prabagaran a/l Supramaniam, Ketua Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Kadaster) serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

Sesi lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat pengenalan JUPEM yang disampaikan oleh Sr Edrin bin Mohd Eusoff. Pihak JUPEM turut berkongsi ilmu berkaitan 𝒆𝑲𝒂𝒅𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓 yang disampaikan oleh Puan Punithavathy a/p Rana Singam, Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Kadaster) dan 𝑴𝒚𝑮𝒆𝒐𝒔𝒆𝒓𝒗𝒆 (Malaysia Geospatial Data Services) disampaikan oleh Cik Sabrina binti Sulaiman, Penolong Pengarah Ukur (Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara).

Selain itu, wakil delegasi juga telah membuat pembentangan berkaitan Pengurusan Tanah dan Penempatan terutamanya di kawasan persisiran, proses dan polisi serta penggunaan perisian di Bangladesh.

Intiha program telah disempurnakan dengan penyampaian cenderamata daripada JUPEM kepada delegasi oleh YBrs. Sr Nazri bin Othman. JUPEM sangat berbesar hati atas kesudian pihak delegasi mengadakan siri lawatan di sini dan diharap dapat berkongsi pandangan berhubung perkara-perkara berkepentingan sekali gus mewujudkan kerjasama dua hala pada masa hadapan.