Tarikh diterbitkan : 20 Sep 2021

SESI PENYAMPAIAN SURAT PEMBERITAHUAN PENEMPATAN JURUUKUR GRED J54

KUALA LUMPUR, 10 September - Sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan Juruukur Gred J54 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada 8 September 2021 (Rabu) bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) telah menyempurnakan sesi penyampaian surat pemberitahuan penempatan Juruukur Gred J54 kepada enam (6) orang pegawai yang terlibat iaitu YBrs. Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung), YBrs. Sr Fadzullah Suhaimi bin Abd. Ghafar, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, YBrs. Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Sr Sylvester Luta Anak Buli, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sarawak) dan YBrs. Sr Powzy bin Mohd. Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan).

Turut hadir YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II bagi mengiringi YBhg. Dato’ KPUP untuk menyampaikan surat pemberitahuan penempatan Juruukur Gred J54 di JUPEM.

Justeru itu, Jabatan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas penempatan ini serta berharap YBrs. Tuan akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

Sesi penyampaian ini juga dilaksanakan dengan mengambil kira langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai-pegawai yang terlibat turut mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa sepanjang sesi penyampaian surat tersebut berlangsung.