Tarikh diterbitkan : 26 Jan 2022

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BILANGAN 1 TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 25 Januari – Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1 Tahun 2022 telah diadakan di Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa oleh Kerajaan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi dan pencapaian aktiviti dan kerja- kerja yang telah dilaksanakan di sepanjang Tahun 2021 yang lalu serta cadangan bagi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2022. Selain itu, sesi mesyuarat ini juga dijadikan platform untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan aktiviti Ukur, Pemetaan dan Geospatial di Negara ini.