Tarikh diterbitkan : 07 Aug 2019
Notis Penutupan Tapak Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah
Dimaklumkan bahawa Tapak Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah akan ditutup buat sementara waktu bermula 9 Ogos 2019 hingga 15 September 2019 untuk kerja-kerja penyelenggaraan bumbung.
Tuan/puan yang ingin membuat ujian alat diminta membuat tempahan selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dengan menghantar e-mel permohonan kepada utility@jupem.gov.my.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.
Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU)
Ibu Pejabat JUPEM