Tarikh diterbitkan : 18 Apr 2022
Gangguan Capaian Aplikasi JUPEM2U Johor
Dimaklumkan bahawa aplikasi JUPEM2U Johor mengalami gangguan bermula pada 17 April 2022 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan server yang sedang dijalankan. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.