Tarikh diterbitkan : 17 Jun 2022

MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN SISTEM MYRTKNET BAGI CERAPAN MASA-HAKIKI (REAL TIME) DAN PASCA PEMPROSESAN (POST-PROCESSING)

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Sistem MyRTKnet bagi Cerapan Masa-Hakiki (Real Time) dan Pasca Pemprosesan (Post-Processing) menghadapi gangguan bermula 16 Jun 2022 kerana mengalami masalah teknikal di Pusat Data dan Pemprosesan MyRTKnet. Pihak kami dalam usaha sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini dengan kadar segera.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dipohon agar tidak cuba mengakses ke laman web www.myrtknet.gov.my dan atau pxy.myrtknet.gov.my buat sementara waktu supaya kerja-kerja pemulihan sistem dapat berjalan dengan lancar. Pihak kami akan memaklumkan kembali setelah perkhidmatan MyRTKnet telah kembali beroperasi dan dapat diakses oleh pengguna.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, sila berhubung terus dengan Pentadbir Sistem MyRTKnet atau e-mel ke admin.myrtknet@jupem.gov.my. Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan yang telah berlaku. Kesabaran dan kepercayaan anda amat kami hargai.