Tarikh diterbitkan : 16 May 2023
Notifikasi Gangguan Perkhidmatan JUPEM2U Johor dan MyLot Johor
Dimaklumkan bahawa aplikasi JUPEM2U Johor dan MyLot Johor akan mengalami gangguan capaian bermula pada 18 Mei 2023 (Mulai jam 3.00 petang) hingga 21 Mei 2023 jam 8.30 pagi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di Wisma Persekutuan Johor Bahru.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.