Tarikh diterbitkan : 26 May 2023

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGUKURAN: INVESTIGATION, REFIXATION & MAINTENANCE (IRM) SINGLE BARRIER DI SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA-THAILAND

Pada bulan April dan Mei tahun 2023, kerja-kerja IRM (Investigation, Refixation & Maintenance) oleh Pasukan Ukur Topografi Wilayah Taiping, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), JUPEM dan Royal Thai Survey Department (RTSD) sepanjang 11.0 KM telah dijalankan bagi tujuan pembinaan pagar selapis (single barrier) di Bukit Kayu Hitam, Malaysia dan Dannok, Thailand di kawasan Keutamaan III (BP20A/12-BP23/104). 

Seramai 15 kakitangan dari JUPEM telah melaksanakan tugasan di lapangan dengan kerjasama pasukan RTSD, Thailand yang membentuk Joint Survey Team (JST) antara kedua-dua negara. 

Kerja-kerja lapangan di kawasan ini merangkumi antaranya skop kerja pengambilan butiran, penandaan sempadan watershed, upgrading dan mengecat tanda sempadan serta kerja-kerja fotografi untuk dokumentasi. Kesemua skop tugasan dilaksanakan di kawasan-kawasan Keutamaan yang dipersetujui secara bersama di antara kedua-dua negara (Joint Survey Team) berdasarkan keputusan Mesyuarat DIS-CPD-34 tahun 2017 di Hua Hin, Thailand serta endorsement by correspondence oleh Pengerusi Bersama Land Boundary Committee (LBC) juga tahun 2017. Aktiviti ini merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan secara bersama antara JUPEM dan RTSD berdasarkan kawasan-kawasan Keutamaan bagi memastikan kedudukan tanda-tanda sempadan bersama kedua negara berada dalam keadaan selamat, terjaga dan sempurna. Semoga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh berintegriti dalam misi menjaga dan memelihara kedaulatan negara. Terima kasih diucapkan kepada Angkatan Tentera Malaysia kerana telah memberi bantuan iringan keselamatan semasa kerja-kerja di lapangan di jalankan.