Tarikh diterbitkan : 29 Apr 2020
Gangguan Capaian Aplikasi JUPEM2U Kelantan
Dimaklumkan bahawa aplikasi JUPEM2U Kelantan akan mengalami gangguan capaian bermula pada 30 April 2020 (Khamis) jam 10.00 pagi disebabkan penyelenggaraan unit bekalan kuasa (PSU). Aplikasi JUPEM2U Kelantan dijangka akan beroperasi semula pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.