Tarikh diterbitkan : 08 May 2020
Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Terengganu
Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Terengganu termasuklah aplikasi JUPEM2U Terengganu sedang mengalami gangguan capaian bermula pada petang ini (8 Mei 2020) berikutan kerosakan alat penghawa dingin dalam bilik server. Kerja pembaikan dan pemulihan sedang giat dijalankan. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.